Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong akauntan kanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan suapan berkaitan kerja pemasangan karpet pada Januari tahun lepas.

Dua individu ditahan palsukan penyata akaun RM1.2 juta

KOTA KINABALU, 26 Jan : Seorang kontraktor merupakan antara dua individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah untuk membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun bank palsu.

Pengarah SPRM negeri, Datuk S. Karunanithy berkata, kedua -dua suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 41 tahun dan 37 tahun ditahan kira – kira 10 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah.

“Mereka berdua dipercayai mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu tender membekal dan menghantar bahan – bahan makanan kepada sebuah hospital di Sabah untuk tempoh dua tahun pada 2017 yang bernilai RM1.2 Juta,” katanya di sini hari ini.

Karunanithy memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan -TVS

Tags: rasuah, SPRM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan