Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pusat Falak berpotensi jadi tarikan pelancong

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 JAN: Pusat Falak di Miri dan Bintulu yang merupakan projek besar di bawah kendalian Jabatan Mufti Negeri Sarawak berpotensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Malah menurut Mufti Negeri Datu Kipli Yassin, menerusinya juga, Sarawak berupaya memperkasakan kajian dan pembangunan ilmu Sains Astronomi ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Namun ia juga akan menjadi Pusat Penyelidikan Astronomi yang akan menjadi maknanya tempat dan juga pusat untuk selain pencerapan, ialah kajian-kajian tentang astronomi, apa-apa sahaja yang berkaitan dan juga faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keseluruhan perkembangan di dunia inilah.

“Dan salah satu lagi, ia akan menjadi tempat pelancongan dan dapat menarik peminat-peminat, orang yang menjejaki objek langit dan juga penyelidikan tentang astronomi itu sendiri. Maka data yang dikumpul di pusat ini akan menjadi data yang penting bukan sahaja untuk negeri Sarawak tetapi Malaysia, malah dunia secara keseluruhannya,” katanya ketika ditemui TVS selepas menghadiri Majlis Ucapan Perdana Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak pada Isnin.

Sementara itu, tambahnya Jabatan Mufti Negeri Sarawak juga akan menyambut Sambutan Jubli Perak pada tahun ini.

Sambutannya akan melibatkan penganjuran pelbagai aktviti seperti memartabatkan keilmuan khususnya tentang fatwa dan ilmu falak.

“Setakat ini, perancangan besar yang telah kami adakan ialah seminar fatwa peringkat Negeri Sarawak, kemudian konvensyen antara jabatan-jabatan mufti seluruh Malaysia dan kita juga akan mengadakan program falak untuk peringkat borneo yang mana kita akan banyak membentangkan kertas kerja yang berkaitan, juga melibatkan peserta dan juga pembentang dari kepulauan borneo itu sendiri.

“Selain daripada itu, kita banyak juga mengadakan program-program yang akan dijadikan sebagai satu catalyst untuk masyarakat Islam memahami peranan dan fungsi Jabatan Mufti melalui jerayawara yang kami adakan melalui program-program contoh misalnya mufti bersama dengan masyarakat yang mana mufti akan turun ke lapangan bersama masyarakat untuk menjelaskan apa sahaja persoalan masyarakat mengenai hal ehwal hukum dan apa sahaja berkaitan dengan Islam itu sendiri,” ujarnya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan