Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FILE PHOTO: A nurse prepares a dose of Moderna vaccine at a vaccination centre at the Dresden Fair, in Dresden, Germany, July 29, 2021. REUTERS/Matthias Rietschel

Vaksin seawal usia 5 tahun disambut baik

ByIsma Haziq

KUCHING, 25 Jan : Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan pemberian vaksin covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun bermula Februari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya bersetuju memberi kelulusan bersyarat kepada Vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) untuk kegunaan kanak-kanak berkenaan.

Dalam tinjauan TVS disini mendapati kebanyakan ibu bapa bersetuju membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan vaksin covid-19.

Menurut Angelynn Sudin, 30, kebimbangan terhadap varian baharu omicron membuatkannya mahu vaksin tersebut digerakan.

“Bagi saya memang patut diberi vaksin kepada kanak-kanak kerana sekarang pun musim covid tambah lagi dengan varian omicron. Mereka juga suka bergaul dengan rakan-rakannya di sekolah jadi saya sangat bersetuju sekiranya kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun itu diberi suntikan vaksin.”katanya.

Bagi Mohammad Sarizan Annuar, 40, pula menyifatkan pemberian vaksin tersebut boleh meningkatkan lagi imunisasi kanak-kanak.

Justeru beliau bersedia untuk mendaftarkan anak-anaknya untuk menerima vaksin tersebut.

Di samping itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang belum bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka mendapat suntikan vaksin covid-19 sebelum mendapatkan nasihat doktor.

Lidiana Suyanto menzahirkan keraguan itu dan mahu merujuk perkara tersbeut dengan doktor terlebih dahulu.

“Bukannya saya tidak mahu tetapi mungkin saya akan merujuk kepada doktor dahulu.”

“Hal ini kerana saya tidak pasti dengan kesan sampingan jika vaksin tersebut diberikan kepada kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun itu.” katanya.

Untuk rekod, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak  akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan