Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemergian Datuk Simon Dembab Maja satu kehilangan besar- Abang Johari

KUCHING, 24 Jan: Pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Simon Dembab adalah satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak, demikian kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, mendiang merupakan salah seorang individu penting dalam membentuk kestabilan politik sekitar tahun 70-an dan jasa serta pengorbanannya amat besar kepada rakyat di negeri ini.

“Kita kehilangan seorang anak Sarawak yang telah banyak berjasa dan menjadi penyumbang kepada kekuatan Sarawak.

“Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri selepas kita menang pilihan raya pada tahun 1970 yang diketuai oleh Tun Rahman Yaakub dan kehadiran mendiang di dalam kabinet kerajaan negeri mencipta satu keadaan politik yang sangat baik sehingga ke hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya di Tabuan Jaya pada Isnin.

“Beliau telah menjadi asas kepada kerajaan campuran yang akhirnya menjadi kerajaan Barisan Nasional pada tahun 70-an,” ujarnya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu meninggal dunia pada usia 85 tahun di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada Sabtu dan meninggalkan balu, Datin Rosalind Siti Jemeni, tiga anak, tiga cucu serta dua cicit.

Upacara pengebumian akan disempurnakan di kampung halamannya di Selindung, Engkelili pada Rabu ini.

Untuk rekod, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri di bawah kepimpinan kerajaan campuran pada tahun 1970 yang melibatkan Parti Bumiputera, Parti Pesaka dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

Kerajaan ini juga merupakan kerajaan pertama di Sarawak yang dipilih menerusi pilihan raya dengan hanya 48 kerusi melibatkan 221 calon bertanding.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan