Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis siasat penglibatan ahli politik dan NGO dalam perhimpunan

KUALA LUMPUR, 22 Jan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat penglibatan beberapa Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam perhimpunan Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di Bangsar, di sini hari ini.

 Ketua Polis Daerah Brickfields , Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Perhimpunan Awam 2012 selain Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Amihizam dalam satu kenyataan hari ini berkata peserta perhimpunan seramai kira-kira 50 orang yang memakai baju hitam mula berkumpul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar sejak pukul jam 10.45 pagi.

 “Pada kira-kira jam 11.45 pagi, jumlah peserta perhimpunan dianggarkan seramai 400 orang mula berarak dengan membawa kain rentang bercetak “Tangkap” ke Jalan Travers sehingga di persimpangan lampu isyarat ke Pekan Brickfields,” katanya.

Menurutnya kesemua peserta perhimpunan kemudian bergerak kembali ke Stesen LRT Bangsar dan bersurai secara berperingkat selepas 30 minit setelah ketua perhimpunan memberi ucapan. 

Amihizam berkata seramai 21 pegawai polis dan 205 anggota dari pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) terlibat mengawasi perhimpunan itu.-TVS

Tags: #bm, NGO, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan