Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ISWAMI anjur bacaan yasin dan doa selamat untuk kesihatan Tun Dr Mahathir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan : Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) menganjurkan bacaan doa selamat dan yasin bagi kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan secara maya malam ini. 

Seramai 50 peserta terdiri daripada warga media tempatan dan juga dari negara jiran itu menyertai majlis berkenaan yang bermula pada 9.15 malam, dengan bacaan doa selamat dan tahlil diketuai penolong pengurus bahagian teknikal Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Asri Junin. 

Presiden ISWAMI Malaysia yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain, Presiden ISWAMI Indonesia Asro Kamal Rokan dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus turut hadir dalam majlis yang berlangsung selama 45 minit itu. 

Turut menyertai majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Pengarang (Perniagaan dan Kewangan) Roslan Ariffin dan Pemangku Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Harlina Samson. 

Wartawan kanan dari Malaysia dan Indonesia serta wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Jabatan Perdana Menteri, petugas Bernama dan agensi berita rasmi Indonesia, ANTARA turut menyertainya.

Pengamal media mula berkumpul di luar Institut Jantung Negara (IJN) sejak 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini status kesihatan Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Datin Paduka Marina yang merupakan anak Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan keadaan bapanya kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas. 

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Jan selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan dan beliau menjalani prosedur perubatan elektif yang dikendalikan sepasukan doktor dari institut tersebut dan Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 8 Jan.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan