Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS akan terus latih pemimpin muda – Abang Johari

KUCHING, 23 Jan : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan pendekatan mengenengahkan pemimpin – pemimpin muda supaya mereka dapat turut menyumbang kepada pembangunan negeri.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini usaha berkenaan telah dilakukan dan terbukti apabila GPS turut mempertaruhkan muka – muka baharu yang masih belia sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak , tahun lepas.

Ujar Abang Johari yang juga Ketua Menteri, pemimpin muda perlu diberi peluang dan dilatih oleh pemimpin berpengalaman bagi mendapatkan hasil terbaik untuk Sarawak.

” Kemudian mereka (pemimpin muda) akan meneruskan pembangunan negeri yang telah dirancang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini, malam ini.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan pemimpin muda, Abang Johari berkata, ia selaras dengan peredaran politik semasa ketika ini.

Pada awal bulan ini, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) salah satu parti komponen GPS bercadang untuk meminda Perlembagaan parti itu bagi menubuhkan sayap belia selepas mempunyai Pergerakan Wanita dan Pergerakan Wanita.

Ini sekaligus memberi gambaran parti itu mahukan penglibatan setiap lapisan masyarakat untuk menjayakan hasrat menjadikan Sarawak sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan