Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa 6.6 magnitud gegar selatan Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Gempa 6.6 magnitud gegar selatan Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

JAPAN, 23 Jan :  Gempa bumi dengan magnitud 6.6 mengegarkan selatan Jepun telah mengakibatkan 13 orang tercedera, menurut laporan media tempatan. 

Menerusi rakaman sebuah rancangan televisyen tempatan, gempa bumi tersebut telah menyebabkan paip pecah membanjiri jalan dan serpihan di atas tanah selepas dinding runtuh akibat gempa bumi.

“Tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi melanda selatan Jepun. Pusat gempa berada sedalam 45km (30 batu) pada 4.08 petang waktu Malaysia pada Jumaat lepas di luar pantai Kyushu, di bahagian paling Selatan empat pulau utama Jepun,” kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA). 

“Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di wilayah Oita dan Miyazaki yang yang berukuran pada 5+ pada skala seismik Jepun dengan maksimum skala 7,” katanya lagi. 

Menurut laporan akhbar Yomiuri, tiga belas orang cedera di kawasan berhampiran, termasuk dua orang berusia 80-an cedera parah.

Sementara itu, penyiar awam NHK berkata, pelbagai laporan kerosakan bangunan, paip air dan jalan telah disahkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan