KUALA LUMPUR , 23 Jan : Seramai 53 keluarga berasal dari Sarawak yang menjadi mangsa banjir di Selangor baru – baru ini menerima bantuan daripada wakil Kerajaan Sarawak.
Hari ini sumbangan disampaikan oleh wakil Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Turut menyertai misi bantuan termasuklah Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PSKL / Rumah Sarawak) , Persatuan Tranformasi Dayak (TRADA) dan Sarawak Volunteers.
Antara barangan sumbangan termasuklah tilam, bantal dan selimut yang diserahkan kepada rakyat Sarawak yang tinggal di Taman Sri Muda Seksyen 25, Bukit Changgang, Klang, Kampung Melayu Subang dan Balakong di Selangor.
Sumbangan disampaikan oleh Pengarah PSKL, Awang Supian Awang Daud. – TVS