Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
azam baki
jalan bangsar

Peserta perhimpunan tidak dibenarkan ke Masjid Negara – Polis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Jan : Lebih 300 peserta satu perhimpunan yang dianjurkan mula berkumpul dan berarak di Jalan Bangsar, di sini kira – kira sejam lepas.

Berdasarkan pemantauan, suasana ketika ini terkawal selain kehadiran ratusan anggota polis mengawal keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor yang berada di lokasi memaklumkan kepada peserta yang mereka tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Masjid Negara.

Awal pagi tadi beliau turut memaklumkan pihaknya melakukan lencongan melibatkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers, Jalan Rakyat dan Jalan Maarof.

Perkhidmatan MRT , LRT dan monorel membabitkan beberapa hentian berhampiran kawasan perhimpunan turut dihentikan sementara sejak pukul 7 pagi tadi.

Antara ahli politik yang kelihatan ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan