Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Indeks jenayah Meradong menurun 49 peratus

SARIKEI , 22 Jan : Indeks jenayah di Daerah Meradong menunjukkan penurunan sebanyak 49 peratus sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, kadar penurunan itu merangkumi pelbagai kes termasuk kecurian, pecah rumah, jenayah kekerasan dan harta benda.

Katanya,  pada 2020 kes kecurian yang dilaporkan ialah sebanyak 21 kes dan turun kepada 18 kes pada tahun lalu manakala 11 kes pecah rumah 11 kes menurun kepada empat kes.

“Lain-lain kes seperti jenayah kekerasan dan harta benda juga menurun pada 2021 berbanding tempoh sama 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekam berkata, penurunan kadar jenayah itu adalah disebabkan pelbagai faktor termasuk rondaan yang lebih kerap selain kerjasama padu masyarakat setempat.

Sehubungan itu katanya, polis akan terus komited membanteras jenayah bagi memastikan tahap keselamatan di daerah berkenaan terjamin.

“Pada masa yang sama, kita akan terus mengukuhkan hubungan baik dengan orang awam sebagai satu pendekatan untuk membanteras jenayah di samping mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Langkah proaktif ini mampu menjadi platform orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada polis,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan