Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharifah Hasidah, Samariang
Sharifah Hasidah, Samariang

Banyak Jalan Dalam Hidup, Jangan Sesekali Pilih Jalan Dadah – Sharifah Hasidah

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 22 Jan : Pembentukan belia yang bermoral dan berakhlak tinggi mampu menjadi pendorong kepada hasrat Kerajaan Sarawak untuk mencapai matlamat menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, golongan tersebut memainkan peranan penting untuk menerajui tampuk kepimpinan negeri pada masa akan datang.

Justeru, katanya, Kerajaan Sarawak kini giat mempertingkatkan kesedaran komuniti untuk sentiasa menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

“Kita akan turun ke kawasan kampung bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan anak-anak muda sedar bahaya dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Solidariti Anak Muda 2022: Ngelayo Bersama Belia Kampung anjuran AADK Sarawak di sini hari ini.

Sharifah Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan AADK Sarawak untuk mencapai matlamat membendung penyalahgunaan dadah yang merupakan musuh utama negara.

“Jangan lupa peranan dan tanggungjawab ibu bapa juga amat dituntut untuk selesaikan permasalahan ini”, ujarnya lagi.

Dalam pada itu menurut Pengarah AADK , Iskandar Turkee berkata, pihaknya komited untuk membanteras penyalahgunaan dadah.

Pengarah AADK Sarawak, Iskandar Turkee,

“AADK bersama Kerajaan Sarawak akan memastikan belia-belia di negeri ini bebas daripada masalah dadah dan kita akan laksanakan langkah bersepadu untuk membasminya,” katanya.

Sempena program itu, sebanyak lima papan tanda disumbangkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Adun Samariang dengan cogan kata “Banyak Jalan Dalam Hidup, Jangan Sesekali Pilih Jalan Dadah” telah dipasang di kawasan Kampung Lintang, Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Samariang Batu.

Sementara itu, dua lagi akan dipasang di Kampung Siol Kandis dan Kampung Samariang Semerah Padi – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan