Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Saingan suku akhir Kejohanan All England kali ini menjanjikan aksi perlawanan yang pasti menarik perhatian ramai peminat badminton, apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia akan berhadapan dengan pemain nombor dua dunia Kento Momota dari Jepun.
Lee Zii Jia. Foto: Bernama

Viktor Axelsen sokong Zii Jia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Jan : Pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 dan pemain badminton nombor satu dunia Viktor Axelsen hari ini menyuarakan sokongan terhadap pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia susulan keputusannya meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Axelsen berkata sekiranya keputusan itu baik bagi Zii Jia, itulah yang seharusnya dilakukan oleh juara juara All England 2021 itu.

“Pada pandangan saya, sekiranya seorang pemain merasakan yang terbaik baginya ialah mengikuti laluan yang dirasakan membolehkan beliau bergerak lebih bebas sebagai pemain, maka itulah yang seharusnya dilakukannya. Lagipun ia mengenai kariernya, hidupnya,” kata pemain Denmark itu menerusi instagramnya.

Semalam Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan Zii Jia membuat keputusan meninggalkan badan induk itu dan telah menghantar surat peletakan jawatan pada 11 Jan lepas.

Mohamad Norza berkata antara faktor Zii Jia ingin keluar daripada badan induk itu kerana tidak seperti jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, beliau tidak boleh tahan dengan tekanan dan mahu mencapai apa yang diinginkan mengikut keselesaan sendiri tanpa sebarang kekangan.

BAM dijangka mengumumkan keputusan mereka berhubung perkara itu hari ini.

Sementara itu Axelsen yakin Zii Jia akan terus bangkit dan berjuang untuk menghasilkan keputusan positif yang boleh membanggakan seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang menyokongnya.

“Hanya dia sahaja yang tahu apa yang terbaik ketika ini, dan saya berharap akan dapat berentap dengan Zii Jia di gelanggang badminton lagi di masa akan datang,” kata juara dunia 2017 itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan