Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes positif baharu di Malaysia lepasi 11,000

Sarawak catat 14 kes baharu COVID-19

KUCHING, 21 Jan: Sebanyak 14 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan di seluruh negeri ini bagi tempoh 24 jam lalu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, ketika ini Sibu dikenal pasti sebagai daerah yang mempunyai kes tertinggi iaitu separuh daripada jumlah kes keseluruhan hari ini.

“Sementara itu, Kuching, Kapit dan Limbang masing-masing merekodkan satu kes,” kata kenyataan berkenaan.

Berdasarkan penambahan kes berkenaan, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di Sarawak kini meningkat kepada 252 674 kes.

Berhubung kes yang dicatatkan pada hari ini, sebanyak 13 merupakan kategori satu dan dua.

Pada masa sama, JPBNS turut memaklumkan tiada kematian dan kluster baharu direkodkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan