Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penjualan tiket VTL Malaysia – Singapura dibuka semula – Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR, 21 Jan : Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Dis lepas, dibuka semula berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada. 

“Bagaimanapun, penumpang yang telah membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Jan 2022 (iaitu) sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif VTL mengikut kuota ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Khairy, keputusan untuk membuka semula penjualan tiket bagi inisiatif VTL darat dan udara itu dibuat hasil penilaian risiko yang dilaksanakan berdasarkan situasi semasa COVID-19 di kedua-dua negara.

Pada 23 Dis lepas, Malaysia dan Singapura menggantung sementara penjualan tiket VTL udara dan darat hingga 20 Jan susulan ancaman varian Omicron COVID-19. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan