Kerajaan akan mengkaji semula penetapan harga siling runcit ayam standard serta kebenaran mengeksport ayam, selepas pelaksanaan harga siling RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia tamat pada 31 Ogos, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.

Jangan naikkan harga melampau – KPDNHEP

KUCHING, 21 Jan : Kerajaan memahami masalah dihadapi peniaga yang berdepan kenaikan harga bahan mentah yang tinggi ketika ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, peniaga dibenarkan menaikkan harga jualan mereka namun tidak boleh mengenakan caj yang terlalu tinggi kepada pengguna.

“Mereka (peniaga) boleh menaikkan harga, tetapi keuntungan terlalu tinggi sehingga wujud unsur mencatut atau janganlah melampaui keuntungan yang sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan dan pematuhan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) di Pasar Komuniti Stutong di sini hari ini.

Mutakhir ini, golongan peniaga dan pengguna di seluruh negara ‘mengeluh’ berikutan kenaikan harga barangan mentah benar-benar menekan kehidupan mereka.

KPDNHEP turut mengesahkan telah menerima sebanyak 8,555 aduan berhubung harga barang mahal bagi tempoh Mac 2020 hingga semalam.

Mengulas lanjut, Rosol berkata, kenaikan harga barangan makanan telah memberi kesan besar kepada rakyat dan usaha sedang dilaksanakan untuk menstabilkan harga.

” Kenaikan harga ini disebabkan oleh harga makanan yang diimport seperti jagung, soya dan lain – lain yang diberi kepada ayam diternak meningkat.

“Walaubagaimanapun kita (kerajaan) telah mengadakan advokasi dengan mereka dan berunding supaya harga ini tidak terlalu mendadak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, bekalan makanan dan harga barangan keperluan di Sarawak masih terkawal dan stabil khususnya menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.

Beliau turut memberitahu, pelaksanaan SHMKM yang dilanjutkan sehingga 4 Februari depan bukanlah bersifat kekal tetapi disesuaikan mengikut keperluan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan