Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gedong sebagai hab pembangunan strategik dan bandar satelit – Abang Johari

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 21 Jan : Gedong bakal dipacu menjadi satu kawasan hab pembangunan strategik yang berteraskan konsep bandar satelit untuk melonjakkan pembangunan sosio ekonominya.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ,sehubungan itu antara fokus ketika ini ialah menambah baik jaringan jalan raya bagi memudahkan lebih banyak kawasan sekitar untuk dimajukan sebagai hab ekonomi dan perumahan.

“Saya percaya ini akan dapat dicapai melalui matlamat atau objektifnya dengan kita merangka pelan pembangunan bagi menjadikan Gedong dan Simunjan seperti sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pengenalan Lab Pembangunan Gedong – Simunjan 2022 di sini malam ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris dan bekas ADUN Gedong, Datuk Mohd. Naroden Majais.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, menerusi jaringan jalan yang menghubung dua kawasan itu dengan kawasan berhampiran termasuk Samarahan, Asajaya, Sebuyau, Lingga serta kawasan sekitar, ia seterusnya diyakini akan membuka lebih banyak kawasan ekonomi baharu.

Pada masa sama tegas Abang Johari, kerajaan negeri juga mahu isu kemudahan asas membabitkan bekalan elektrik, sistem saliran, bekalan air dan telekomunikasi juga diselesaikan segera.

“Ini bagi membolehkan tumpuan penuh dapat diberikan untuk meningkatkan kegiatan ekonomi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan