Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
#Banjir: Tragedi chalet di Bentong: Satu mayat kanak-kanak lelaki ditemui pada 10.30 pagi tadi, seorang lagi masih hilang - Bomba

Lebih RM300 bilion diperlukan atasi banjir – Tuan Ibrahim

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Lebih RM300 billion diperlukan bagi cadangan penyelesaian jangka masa panjang fenomena banjir di seluruh negara dengan tempoh pelaksanaan secara berfasa selama 50 tahun sehingga tahun 2100.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini termasuk projek pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir, pembinaan benteng, ban dan pencegahan hakisan pantai.

“KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) percaya melalui cadangan penyelesaian segera jangka pendek dan jangka panjang, impak fenomena banjir dari segi kemusnahan harta benda mahu pun kehilangan nyawa setidak-tidaknya dapat kita minimumkan,” katanya pada sesi penerangan berkenaan perancangan jangka panjang banjir Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata RM300 bilion diperlukan bagi cadangan penyelesaian jangka masa panjang fenomena banjir di seluruh negara termasuk projek pembangunan infrastruktur air seperti tebatan banjir, pembinaan benteng, ban dan pencegahan hakisan pantai.

Beliau berkata antara cadangan penyelesaian jangka masa panjang adalah dengan memperkasa tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air melalui pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air dengan mengambil kira keperluan peningkatan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai negara.

Di bawah akta ini, KASA akan mencadangkan penubuhan sebuah tabung khas atau kumpulan wang amanah untuk peningkatan kapasiti adaptif sektor air dan kawasan pesisir melalui pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur yang mengambil kira faktor perubahan iklim.

Cadangan langkah lain adalah dengan membangunkan Pusat Adaptasi Kebangsaan bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan adaptasi perubahan iklim, integrasi pengurangan risiko bencana dan pencegahan kehilangan dan kerosakan akibat kesan perubahan iklim yang melibatkan sektor-sektor mudah terancam.

“Langkah penyelesaian jangka panjang lain ialah dengan meningkatkan kapasiti takungan air banjir melalui pelaksanaan projek takungan air pinggiran sungai (TAPS) dan empangan bagi tujuan tebatan banjir dan sumber air.

“Selain itu penggunaan pendekatan ‘nature-based solution’ (penyelesaian berasaskan semula jadi) seperti pembinaan denai sungai sebagai platform penglibatan masyarakat dalam aktiviti perlindungan, pembersihan dan pemuliharaan sungai,” katanya.

Dalam mendepani cabaran pada masa depan, Tuan Ibrahim berkata KASA juga mengambil sikap terbuka untuk mempelajari pengalaman negara lain dalam pengurusan banjir.

Misalnya beliau berkata Kerajaan Belanda telah menawarkan bantuan kepada Malaysia menerusi kedutaannya di Kuala Lumpur untuk menghantar pasukan Dutch Risk Reduction (DRR) bagi menilai impak fenomena banjir dan cadangan penyelesaian bersesuaian.

“KASA sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kolaborasi ini,” katanya. – TVS

Tags: Banjir

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan