Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PATI
PATI

Kawalan udara, darat dan maritim diperketat atasi pencerobohan PATI di Sarawak

KUCHING, 20 Jan : Langkah menyeluruh akan dilaksanakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bagi menangani isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.

Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata, usaha berkenaan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kawalan sempadan negeri ini.

“Operasi kawalan sempadan bagi menangani kemasukan PATI akan dilaksanakan dengan mengatur gerak angkatan bersatu untuk mengawal kawasan teras, kawasan lanjutan dan hadapan menerusi Op Benteng,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Ketua Menteri , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak, Sophian Isswandy Ismail; Ketua Staf Operasi NTF , Dato Mohd. Yusoff Mamat dan Asisten Ketua Staf Bahagian J2 NTF , Brigedier Jeneral Dzeidee Schaff Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Aris Adi Tan memberitahu, tindakan membasmi PATI juga akan membabitkan kaedah pencegahan, pengesanan, penghindaran, pelencongan penahanan dan pengusiran selain meningkatkan kerjasama keselamatan dengan pihak berkuasa negara jiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan