Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Makanan RMT
Makanan RMT

Gambar tular dakwa makanan RMT bukan makanan disediakan untuk penerima – Radzi Jidin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan : Siasatan terperinci Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati bahawa gambar yang memaparkan nasi dan kuah itu di media sosial, bukanlah makanan disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT), kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

“Saya telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Program RMT. Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah. Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Beliau berkata KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara berkenaan, dan sentiasa berusaha menambah baik program RMT termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima.

Katanya pada masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah baik daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan, mulai tahun lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan