Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

73 pelajar asrama SMK Sandakan positif COVID-19

SANDAKAN, 20 Jan : Seramai 73 pelajar lelaki yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan dijangkiti wabak COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pesakit pertama yang dikenal pasti berusia 16 tahun yang bergejala demam , batuk dan selsema sejak 16 Januari lepas dan didapati positif pada hari yang sama.

“Saringan terhadap 117 pelajar kemudian mengesan 72 lagi kes positif dan dirujuk sebagai Kluster Jalan Pertukangan,”katanya.

Beliau memberitahu, kesemua kes positif berada dalam kategori satu dan dua serta mereka telah dikuarantin mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, perkembangan di sekolah berkenaan menjadikan Sandakan sebagai daerah dengan kes harian COVID-19 tertinggi di Sabah ketika ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan