Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga kelasi maut dalam kejadian letupan di kapal tentera laut India

ByBernama

NEW DELHI, 19 Jan : Letupan di sebuah kapal tentera laut India pada Selasa mengorbankan tiga anak kapalnya.

Kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir itu sedang berlabuh di limbungan laut Mumbai ketika letupan berlaku.

“Krew kapal bertindak pantas mengawal keadaan. Tiada kerosakan material besar dilaporkan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Tiga kelasi maut dalam kejadian letupan kapal pemusnah peluru berpandu INS Ranvir. Kredit: Shiv Aroor/India Today (Twitter)

Kapal itu ditugaskan bersama Markas Timur Tentera Laut sejak November tahun lalu dan dijangka kembali ke pelabuhan pangkalannya tidak lama lagi, tambahnya.

Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui punca letupan.

Sebelas anak kapal cedera dalam insiden itu, yang berlaku di ruang dalaman kapal, lapor media India.

INS Ranvir, yang dibina di bekas Kesatuan Soviet, mula digunakan pada April 1986, menurut maklumat di laman web tentera laut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan