Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Saingan suku akhir Kejohanan All England kali ini menjanjikan aksi perlawanan yang pasti menarik perhatian ramai peminat badminton, apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia akan berhadapan dengan pemain nombor dua dunia Kento Momota dari Jepun.
Lee Zii Jia. Foto: Bernama

Tidak tahan tekanan faktor Zii Jia angkat kaki – BAM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Jan : Pemain badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia hari ini memanaskan arena badminton negara selepas meletakkan jawatan sebagai pemain kebangsaan.

Media tempatan melaporkan  pemain ranking ketujuh dunia itu sudah menyerahkan surat kepada majikannya iaitu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru – baru ini.

Sementara itu,Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Zii Jia pada 11 Januari lalu.

“ Zii Jia mengatakan dia tidak boleh tahan tekanan,” katanya di sini hari ini.

Pemain kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 24 tahun itu sebelum ini dilihat sebagai hero baharu badminton negara apabila menjulang kejuaraan All England pada tahun lepas namun mula menghidangkan prestasi tidak konsisten selepas itu.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan