Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiada kes sijil vaksin palsu di Sarawak – Datuk Aidi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 19 Jan : Orang ramai diminta membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat mengenai sijil vaksinasi palsu di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, setakat ini tiada kes dilaporkan namun pemantauan berterusan sedang dijalankan pihaknya.

“Kerjasama orang ramai sangat diperlukan untuk pihak polis membuat siasatan.

“Sekiranya terdapat orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan ini, sila hadir ke balai polis berhampiran untuk berikan maklumat,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Sehingga kini, tujuh individu termasuk pemilik sebuah klinik swasta di Gombak, Selangor ditahan selepas disyaki mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Kes sama turut melibatkan pusat perubatan di Terengganu, Johor dan Kelantan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan