KUCHING, 19 JAN: Kuching Chinese General Chamber Of Commerce And Industry (KCGCCI) menyantuni 10 pusat pertubuhan amal kebajikan di Kuching, Sarawak dengan menyumbang barangan keperluan dan hadiah berbentuk wang ringgit (angpao) bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Presidenya, Datuk Tan Jit Kee berkata sebanyak RM41, 216 dana yang dikumpul menerusi kutipan ahli-ahli jawatankuasa badan induk itu selain terdapat sumbanagan daripada individu dan badan korporat yang lain.
Katanya, KCGCCI turut berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak yang turut menyumbang kepada usaha murni ini.
“Ini adalah acara tahunan KCGCCI, di mana pada setiap tahun sebelum perayaan Tahun Baru Cina, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
“Saya percaya usaha murni seumpama ini juga mampu mewujudkan kemarmonian dalam bermasyarakat”, katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan Kuching Chinese General Chamber of Commerce & Industry di beberapa pusat kebajikan amal di sini, hari ini.
Untuk tahun ini sebanyak 10 pusat pertubuhan amal kebajikan menerima sumbangan daripada KCGCCI, antaranya adalah Salvation Army Kuching Children’s Home , Salvation Army Kuching Boy’s Home, Mental Health Association Of Sarawak, Sarawak Hun Nam Siang Ting, Sarawak Society For Parents’ Of Children With Special Needs, Pertubuhan PDK Suria, Sarawak Cheshire Home, Sarawak Society for Blind, Rajah Charles Brooke Memorial hospital and 13th mile Home For The Aged.
“Untuk hari pertama terdapat tiga lokasi penyerahan sumbangan telah dilakukan, di mana program tanggungjawab sosial korporat ini akan berakhir pada 22 Januari 2022”, ujarnya lagi.
Program sumbangan tanggungjawab sosial korporat hari ini juga disertai kumpulan TVS Prihatin yang turut mengembelang tenaga membantu menjayakan majlis ringkas tersebut.
Menurut Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi Sarawak Media Group (SMG) Amirin Arsyan, dengan adanya usaha seumpa itu, ia mampu merapatkan lagi ukhawah di antara NGO-NGO serta badan korporat yang lain.
“Kita meneruskan kesinambungan TVS Prihatin daripada tahun-tahun sebelum ini untuk memberi pendedahan kepada rumah-rumah kebajikan yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada masyarakat”, jelas Amirin.