Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MIPD komited teruskan kesinambungan pembangunan infrastruktur

KUCHING, 19 JAN: Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) Datuk Amar Douglas Uggah Embas optimis untuk meneruskan kesinambungan pembangunan infrastruktur dan pelabuhan di negeri ini.

Beliau yang mengambil alih portfolio berkenaan daripada mendiang Tan Sri Dr. James Jemut Masing berkata, dengan pembangunan infrastruktur ini, Sarawak selangkah lebih dekat  untuk merealisasikan impian sebagai salah sebuah negeri paling maju di Malaysia menjelang 2030.

Katanya lagi usaha gigih mantan menteri dan menteri muda sebelum ini telah memberi sumbangan yang besar kepada kementerian dalam memastikan pembangunan infrastruktur dan pembangunan pelabuhan dapat dicapai ke tahap yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Untuk tahun ini katanya, beliau dan menteri-menteri muda akan meneruskan segala perancangan yang disusun atur sebelum ini.

“Sudah tentu kita di kementerian akan meneruskan perancangan yang ditetapkan.

Tetapi buat masa ini, fokus di kementerian adalah untuk meneruskan projek sakit dan mencari jalan penyelesaian supaya ia dapat dijalankan semula,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas antara Menteri dan Menteri Muda Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada Rabu.

Tambah Uggah lagi, menuju ke arah itu, Pasca Covid-19 Strategi Pembangunan 2030 (PCDS) di bawah Rancangan Malaysia Ke – 12  diharap akan dapat memberi kesan yang positif terhadap perkembangan ekonomi Sarawak dalam pelaksanaan infrastruktur asas terutama di kawasan terpencil seperti kawasan pedalaman.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berharap, pencapaian sedia ada dapat ditingkatkan lagi untuk tahun berikutnya kerana rakyat sentiasa menilai mutu dan hasil kerja termasuklah dari aspek penyampaian perkhidmatan yang diberikan oleh kementerian serta agensi-agensi dibawahnya terutama dalam merealiasakikan perancangan infrastruktur dan pembangunan pelabuhan Sarawak.

Untuk rekod, Uggah sebelum ini pernah memegang portfolio, Menteri Pemodenan Pertanian Dan Ekonomi Luar Bandar (2016 – 2017) , dan Menteri Pemodenan Pertanian Tanah Adat Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (2017-2021).

Sementara Ir. Aidel Lariwoo yang memegang jawatan Menteri Muda I Pembangunan Infrastruktur Pula Merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya dan Dato Majang Renggi iaitu Menteri Muda 2 Pembangunan Pelabuhan adalah Merupakan ADUN Samalaju.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan