Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba guna pengeboman air padam kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung

ByBernama

NIBONG TEBAL, 19 Jan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan kaedah pengeboman air bagi memadam kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata pemadaman bermula pada 10 pagi itu dilakukan menggunakan dua helikopter milik JBPM dari Subang, Selangor dengan membabitkan lapan pegawai serta anggota bomba.

https://www.facebook.com/Bernard.Cheen/videos/662920794835052
Tinjauan dron menunjukkan kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung pada hari ketiga.
Facebook: Bernard Cheen

“Ia (bom air) dilepaskan di lokasi titik panas berdasarkan termal imej dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi tamat kira-kira sejam kemudian dan kami berharap operasi ini dapat mengurangkan kemerebakan api di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Phee berkata setiap bom air boleh menampung hingga 1,600 liter air dan difahamkan dua helikopter itu melakukan beberapa siri pengeboman air di kawasan berkenaan.

Beliau berkata bagi melancarkan operasi pemadaman, semua agensi dan penduduk tidak dibenarkan melakukan sebarang penerbangan dron semasa unit udara bomba sedang melakukan penerbangan dan kerja-kerja pemadaman.

Dalam pada itu, Phee berkata 44 orang daripada 10 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan itu telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak Ahad lepas.

Beliau berkata lapan orang termasuk seorang warga emas dan seorang bayi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah manakala 36 orang termasuk tiga warga emas ditempatkan di PPS SK Saujana Indah.

Tinjauan Bernama mendapati 10 sekolah yang terletak berhampiran tapak pelupusan itu ditutup tiga hari bermula hari ini berikutan indeks udara menunjukkan kepekatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa.

Kebakaran membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku sejak kira-kira 5 petang, Rabu lepas. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found