Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal

ByBernama

JOHOR BAHRU, 18 Jan : Taktik seorang penjenayah membakar mercun untuk mengalihkan perhatian orang ramai sebelum cuba menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Taman Mutiara Rini, Skudai dekat sini, malam tadi gagal apabila beliau ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 10 malam tadi. 

“Hasil siasatan awal, lelaki berkenaan yang tidak bersenjata telah membakar mercun di ruang tengah pasar raya, sebelum meluru masuk menuju pintu hadapan kedai ketika pintu shutter premis berkenaan yang sedang ditutup separuh sebelum terus ke tempat peti besi di belakang premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata lelaki berkenaan turut menumbuk pengurus wanita kedai berkenaan menyebabkan mangsa cedera di pipi kiri.

Polis turut merampas topeng muka, pemetik api, sepasang sarung tangan dan mercun.

Beliau berkata setelah disiasat, lelaki berkenaan didapati mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan enam kes jenayah samun dan satu kes curi kenderaan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas lelaki berkenaan akan dibuat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan