Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Suri rumah di Igan rugi RM87 240 ditipu scammer Mastura

SIBU, 18 Jan : Gara – gara terlalu ‘mesra’ melayan panggilan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Mastura, seorang suri rumah berputih mata apabila menanggung kerugian mencecah RM87 240 selepas ditipu oleh penjenayah siber berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, mangsa berusia 50-an menerima panggilan daripada seorang wanita pada 20 November 2021 memberitahu, namanya telah digunakan untuk membuat tuntutan insurans berjumlah RM76,800.

Katanya, Mastura kemudian ‘menasihatkan’ supaya mangsa membuat aduan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan bercakap dengan seorang pegawai polis yang kononnya dari Jabatan Siasatan Jenayah.

” Selepas bercakap dengan pegawai polis berkenaan, mangsa diarahkan kembali berurusan dengan Mastura bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan supaya akaun banknya tidak disekat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Collin, suspek juga meminta pengadu untuk membuka akaun baharu bagi memudahkan proses ikat jamin sekiranya pendakwaan dijalankan ke atas mangsa.

” Setelah pengadu membuka akaun berkenaan di sebuah bank di Sibu, pengadu diminta untuk menyerahkan maklumat akaun berkenaan dan akaun Tabung Haji serta membuat beberapa transaksi kepada akaun bank yang baharu dibuka.

“Pengadu yang terpedaya telah membuat lima transaksi pada 13 Disember 2021 sehingga 6 Januari lalu,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya pengadu mula rasa curiga apabila dihubungi seorang lagi wanita yang memperkenalkan diri sebagai Aisyah Abdullah yang memaklumkan dia telah menggantikan Mastura yang sudah ditukarkan ke cawangan lain.

“Pengadu kemudian membuat semakan baki akaun banknya dan mendapati wang berjumlah RM87 240 di dua akaunnya lesap dan membuat laporan polis semalam,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan