Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis ‘terjah’ set Ram Ram Rep ketika rakaman babak pelakon menjerit minta tolong

Sesi rakaman Ram Ram Rep

Siri terbaharu berjudul Ram Ram Rep arahan Josh Nawan yang ditayangkan di TVS mengisahkan sekumpulan rakan yang telah diculik dan disembunyikan di kawasan terbiar. Pelbagai halangan perlu dihadapi oleh mereka untuk membebaskan diri dan mengetahui punca sebenar mengapa menjadi mangsa culik. Ikuti kupasan bersama Josh yang berkongsi cerita menarik sepanjang pembikinan siri berkenaan.

Inspirasi di sebalik cerita Ram Ram Rep

Josh menjelaskan, Ram Ram Rep merupakan sebuah karya asli yang terhasil menerusi keputusan kolektif membabitkan penulis muda dan baharu. Mereka menjalani penggambaran di tempat usang adalah kerana sumber yang terhad namun Josh berkata, beliau berpuas hati kerana dapat menggunakan tempat yang dipilih. Selain tempat, kostum juga merupakan idea asal kerana sut biru dipakai oleh rakyat Sarawak yang bekerja di pelantar minyak.

Peralihan daripada mengarah Tilit-Tilit Cinta kepada Ram Ram Rep

Josh Nawan, Pengarah Ram Ram Rep

Ram Ram Rep merupakan genre psycho-thriller manakala Tilit-Tilit Cinta adalah komedi romantik. Mengarah genre ini, sangat berbeza berbanding genre komedi romantik. Menurut Josh, proses pengarahan Ram Ram Rep menyeronokkan namun ia juga ‘kerja’ yang paling susah kerana membabitkan aspek teknikal.

“Antara cabaran lain ialah kawasan ‘shooting’ berbau, sempit dan panas. Kebanyakan kru pula merupakan orang baharu yang kali pertama bekerja di set. Namun tiada masalah besar kerana mereka tahu melakukan tugas masing – masing walaupun ada masa tertentu, saya akui mendapat pertolongan yang terhad.

Penggunaan Bahasa Sarawak bagi penonton utara Sarawak

Rasanya sejauh manakah penggunaan Bahasa Sarawak dalam perfileman tempatan? Banyak siri yang telah diterbitkan oleh Vian Media menggunakan bahasa Sarawak. Namun, bahasa Sarawak yang digunakan lebih popular di kawasan Selatan Sarawak. Bagaimana pula bagi penonton yang berbahasa baku seperti di Lawas, Limbang dan Miri, penonton Sabah dan Brunei? Menurut Josh, sama ada mesej yang disampaikan dalam Bahasa Sarawak diterima dengan mudah oleh penonton utara adalah subjektif. Beliau berkata, penerimaan juga bergantung kepada penonton sendiri dan persekitaran mereka. “Saya yakin bahawa penonton akan memahami mesej yang disampaikan. Saya gembira diberi kebebasan menggunakan Bahasa Sarawak untuk projek ini dan turut dibantu oleh penulis tempatan dari segi bahasa, intonasi dan dialog.

Fakta menarik tentang Ram Ram Rep

Sesi rakaman Ram Ram Rep

Semasa temubual, Josh turut berkongsi dua fakta menarik Ram Ram Rep. Dalam cerita ini, penonton ‘difahamkan’ kesemua mangsa culik ini disembunyikan di bawah tanah berdasarkan jalan cerita. Hakikat sebenar ialah penggambaran dilakukan pada tingkat paling atas bangunan. Selain itu, semasa rakaman sebuah babak di mana pelakon menjerit meminta tolong, polis datang ke set untuk menyiasat apa yang berlaku. Katanya, pihak produksi terpaksa menerangkan bahawa mereka sebenarnya sedang menjalani penggambaran.

Ram Ram Rep Musim 2?

Walaupun tayangan Ram Ram Rep belum habis, Josh berkata, penamatnya sengaja dibuat begitu. Ini kerana beliau mahu memberi ruang kepada penonton untuk memilih sama ada mereka mahukan siri itu disambung atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, Josh berkata, beliau masih mahu mengarah untuk musim kedua kerana terdapat banyak karakter yang belum diteroka lagi. Selain itu, Josh juga memberitahu, terdapat banyak projek baharu dalam perancangan kumpulannya dan mereka tidak sabar untuk memulakannya.

Nasihat kepada pelajar filem dan pengarah muda

“Go out and shoot!” kata Josh Nawan.

Anda pasti akan berdepan masalah seperti kekangan bajet tetapi perkara terbaik tentang pembikin filem muda adalah sentiasa menjana idea yang bernas dan menarik. Pergi rakam video satu minit atau filem pendek. Kita tidak akan tahu apa yang kita mampu lakukan sehingga kita mencubanya. Apabila kita lakukannya, kita pasti tahu apa yang boleh diperbaiki.

Jangan lupa saksikan Ram Ram Rep yang bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis pada jam 7.15 malam dan siaran ulangan pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 4.30 petang di TVS saluran 122 Astro dan MyTV. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found