Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JKNK siasat 44 pelajar asrama SMK Agama Naim Lil-Banat positif COVID-19

ByBernama

KOTA BHARU, 18 Jan : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) masih menjalankan siasatan lanjut berhubung 44 pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Naim Lil-Banat, di sini, dikesan positif COVID-19 setakat semalam.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata dalam keadaan virus berkenaan yang sudah berada dalam komuniti agak sukar untuk menentukan punca, bagaimanapun kesemua sampel pelajar yang dijangkiti telah di hantar ke makmal bagi mengenal pasti sama ada daripada varian Omicron, Delta atau Beta.

“Sekiranya kita dapat maklumat itu, kita boleh mengetahui punca varian yang menjangkiti kesemua pelajar asrama sekolah berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang tular bahawa kes COVID-19 itu berpunca daripada seorang pelajar yang ibu bapanya baru pulang menunaikan umrah dan disahkan dijangkiti varian Omicron.

Dr Zaini berkata dakwaan itu tidak benar kerana pihaknya belum mendapatkan keputusan sampel yang diambil daripada ibu bapa pelajar tersebut.

“Kami nasihatkan supaya orang ramai tidak menyebarkan mesej yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa pelajar lain dan masyarakat,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata kluster membabitkan pelajar asrama sekolah tersebut diisytihar pada 14 Jan lepas yang dikenali Kluster Embi Telipot.

“Siasatan dijalankan dan seramai 256 orang kontak rapat telah dikenal pasti. Kesemua mereka diarah menjalani kuarantin dan dinasihatkan melakukan saringan sekiranya mengalami gejala dalam tempoh itu,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu juga mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka sekolah itu ditangguhkan bermula hari ini sehingga 25 Jan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan