Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua kenderaan bawa PATI ‘tewas’ depan IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU, 18 Jan : Dua lelaki tempatan yang terlibat dengan kegiatan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia masuk ke Sarawak tidak menyangka mereka akan ‘tewas’ di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan Victor Ripon berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggotanya menahan dua buah kereta yang dipercayai datang dari Badau, Kalimantan Barat, Indonesia, kira – kira pukul 10.30 pagi , Ahad lepas di jalan utama berhadapan dengan IPD berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang rakyat tempatan mendapati terdapat penumpang rakyat negara jiran yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

” Selang lima minit kemudian, sebuah lagi kereta iaitu jenis Perodua Alza yang juga dipandu lelaki tempatan membawa tujuh lelaki PATI turut ditahan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit yang masing-masing berasal dari Sibu dan Tatau telah ditahan selama 28 hari dan kini sedang disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Sementara itu, lapan PATI yang berusia antara 18 hingga 31 tahun ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya,

Sementara itu, difahamkan, setiap PATI dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 oleh ejen untuk dibawa masuk dan akan bekerja di sebuah kilang di utara Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan