Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Banjir kilat di Kampung Kemunting Lorong 3 dan Gem Park surut

ByTVS

BINTULU, 18 Jan : Banjir kilat yang melanda Kampung Kemunting Lorong 3 dan Taman Gem Park di sini pulih sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, hasil rondaan pihaknya mendapati paras air di situ surut sepenuhnya pada pukul 1.20 petang tadi.

“Keadaan cuaca ketika pemantauan adalah cerah berbanding hujan lebat malam tadi yang mengakibatkan banjir kilat,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan banjir kilat termasuk sistem perparitan yang kurang baik, kawasan tanah rendah serta air pasang.

Terdahulu, katanya pemantauan Bomba di kedua-dua kawasan tersebut sekitar jam 11.50 malam Isnin mendapati paras air mencecah paras betis.

Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan mangsa dilakukan namun penduduk di kawasan yang terjejas diminta untuk sentiasa berwaspada bagi menggelakkan mereka terperangkap di kawasan tersebut kerana bimbang paras air akan naik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan