Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemenang pingat kejohanan Eropah mahu Sarawak aktif anjur kejohanan berbasikal

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 17 Jan : Pemenang pingat gangsa pada dua kejohanan berbasikal Eropah 2019, Mohd. Faisal Izuddin Ahmad Joyo berharap Sarawak pada masa hadapan akan menganjurkan lebih banyak pertandingan sukan itu yang bertaraf antarabangsa.

Anak jati Sarawak ini yang merupakan pelumba basikal profesional pasukan Terengganu Cycling Testteam berkata, sekiranya negeri ini menjadi destinasi penganjuran perlumbaan berprestij, ia akan memberi pendedahan kepada pelumba tempatan bersaing pada tahap yang lebih tinggi.

Katanya, ini sekaligus akan memacu Sarawak ke arah destinasi perlumbaaan berbasikal terkemuka.

” Pada masa sama, saya berharap agar lebih ramai pelumba basikal berasal dari Sarawak akan muncul dan bersaing pada peringkat yang lebih tinggi,”katanya.

Terdahulu, Mohd. Faizal Izuddin mengambil peluang untuk ‘balik kampung’ bagi menyertai Kejohanan Lumba Basikal Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang berlangsung pada hujung minggu lalu.

Kejohanan edisi sulung itu menyaksikan lebih 200 pelumba dari 28 pasukan tampil mengambil bahagian.

Menurut juara Kejohanan Lebuhraya Kebangsaan 2019 ini, dia juga bersedia untuk berkongsi pengalamannya dengan pelumba Sarawak.

Sementara itu, pelumba basikal jaguh bukit negara, Laurel Lauridsen Adrian juga berharap kelab atau persatuan berbasikal di Sarawak dapat menganjurkan lagi kejohanan seperti ini pada masa akan datang.

Laurel Lauridsen Adrian.

“Ini adalah perlumbaan yang pertama pada saya pada tahun ini.

“Saya berharap selepas ini sektor swasta juga boleh menganjurkan kejohanan berbasikal dalam usaha mengembangkan lagi sukan berbasikal di Sarawak,” katanya.

Menurut Laurel Lauridsen, sebagai permulaan, tidak mengapa sekiranya perlumbaan yang bakal dianjurkan hanya kejohanan kecil kerana ia bakal membuka ruang penganjuran yang lebih besar pada masa akan datang.

Mohammad Faisal Izuddin.

Bagi Ikmal Afif Abdul Karim yang baru setahun lebih berkecimpung dalam sukan berbasikal, beliau mengakui berasa gementar menyertai kejohanan tersebut.

Ikmal Afif Abdul Karim.

Namun, dengan persediaan fizikal dan mental yang dilakukan sebelum hari pertandingan, beliau tetap bersemangat meneruskan saingan.

“Saya membuat persediaan dari segi latihan yang kerap, pemakanan seimbangn dan tidur yang mencukupi.

“Memandangkan ini adalah kali pertama saya menyertai kejohanan seperti ini, perasaan gementar itu memang ada tetapi saya seronok kerana dapat cari pengalaman baharu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan