KUALA LUMPUR, 17 Jan : Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 8.26 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 78 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 160 km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.-TVS