Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TSUNAMI LANDA PANTAI PASIFIK JEPUN SELEPAS LETUSAN GUNUNG BERAPI DI TONGA
An aerial view shows capsized boats believed to be affected by the tsunami caused by an underwater volcano eruption on the island of Tonga at the South Pacific, in Muroto, Kochi prefecture, Japan, in this photo taken by Kyodo January 16, 2022. Mandatory credit Kyodo/via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. JAPAN OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN JAPAN.

Tsunami landa Pantai Pasifik Jepun selepas letusan gunung berapi di Tonga

ByBernama

ANKARA, 16 Jan : Pantai Pasifik Jepun dilanda tsunami pada Sabtu akibat letusan gunung berapi dasar laut di negara Tonga.

Tsunami setinggi 1.2 meter direkodkan di bandar Amami, manakala tsunami 1.1 meter di Wilayah Iwate, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik kenyataan media tempatan.

Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi 3 meter mungkin melanda beberapa pulau di barat daya Jepun.

Meskipun tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar, agensi itu berkata tsunami kecil kurang daripada satu meter dikesan merentasi kawasan pantai Pasifik negara itu.

Pihak berkuasa di kepulauan barat daya wilayah Kagoshima dan kawasan pantai timur laut menggesa penduduk setempat berpindah daripada kawasan berkenaan.

Pusat Amaran Tsunami Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat turut mengeluarkan amaran tsunami bagi pantai barat AS dan Kanada selepas letusan gunung berapi melanda Tonga.

Gunung berapi itu, yang terletak 65 kilometer di utara ibu negara Tonga Nuku’alofa, telah mula memuntahkan abu, debu dan asap pagi Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan