KUCHING, 16 Jan : Perkembangan COVID-19 di negeri ini terus menunjukkan sinar pemulihan apabila mencatatkan kes positif satu angka pada hari ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak, negeri ini merekodkan enam kes hari ini iaitu bilangan terendah bagi tempoh lebih setahun sejak negara dilanda pandemik.
Pecahan menunjukkan Kuching merekodkan lima kes positif baharu manakala satu kes direkodkan di Sibu.
Sementara itu, 38 daerah lain tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu serta sifar kematian bagi tempoh 24 jam lalu. – TVS