Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penemuan kaki manusia gemparkan penduduk

SIBU, 16 JAN : Penemuan bahagian kaki manusia di kawasan parkir sebuah kilang barang lusuh berhampiran kawasan tanah perkuburan di Jalan Bukit Lima, dekat sini pagi tadi mengemparkan penduduk.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Dr Collin Babat berkata, laporan penemuan bahagian tapak kaki kiri sehingga paras bawah lutut itu dibuat oleh pemilik kilang berkenaan selepas seorang pekerjanya melihat seekor anjing sedang menggongong sesuatu menyerupai kaki manusia dan masuk ke dalam kawasan kilang itu.

Katanya, sepasukan anggota dari balai berkenaan dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan pada pukul 8.30 pagi tadi.

“Polis turut menggunakan khidmat unit anjing K9 dan menemui satu beg plastik yang biasa digunakan oleh pihak hospital untuk menyimpan sisa-sisa buangan ditemui di kawasan tanah perkuburan itu,” katanya di sini hari ini.

Collin berkata, pemeriksaan lanjut menemui kesan tanah diigali yang dipercayai ‘tempat asal’ bahagian kaki itu ditanam.

“Bahagian kaki itu dipercayai disimpan dalam beg plastik dan ditanam di Tanah Perkuburan Bukit Lima namun dikorek oleh anjing liar sebelum mengheretnya ke kawasan penemuan,” katanya.

Beliau memberitahu, rujukan yang dibuat dengan Hospital Sibu mengesahkan bahawa kaki tersebut milik seorang pesakit kencing manis yang menjalani pembedahan pemotongan kaki kiri baru-baru ini.

Katanya, bahagian kaki itu telah diserahkan semula kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan