Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lima pos kawalan baharu dibina di sempadan Malaysia – Indonesia

ByTVS

KOTA KINABALU, 16 Jan : Kawalan keselamatan negara membabitkan sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia akan lebih terjamin susulan pembinaan lima pos kawalan baharu yang diselia oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol berkata, ketika ini dua pos kawalan sedang dibina iaitu masing – masing satu di sempadan Sarawak – Indonesia dan satu lagi di Sabah.

Katanya, pembinaan berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu kawalan di perbatasan negara diperketatkan.

“Pembinaan tiga lagi pos kawalan juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Majlis Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-58 Briged Kelima Infrantri Malaysia di Kem Lok Kawi semalam.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai Perjanjian Trilateral di antara tiga negara di rantau Asia ini, beliau berkata, kerjasama berkenaan akan menyebabkan pasukannya lebih bersedia dalam menjaga sempadan negara.

“Kerjasama ini akan memboleh pasukan ATM berkongsi maklumat perisikan demi menjaga kedaulatan negara serta lebih bersedia berdepan anasir luar yang cuba menganggu gugat keselamatan negara,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan