Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ditetak bekas menantu kerana RM1,500

Ditetak bekas menantu kerana RM1,500

ByFirdaus Ismail

AMPANG, 16 Jan : Seorang buruh asing cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala selepas ditetak oleh bekas menantunya dalam kejadian di Pandan Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, ketika kejadian kira – kira pukul 11 malam tadi, mangsa yang berusia 51 tahun sedang berada di sebuah warung.

Bahagian tangan kiri dan pipi mangsa juga cedera akibat ditetak oleh bekas menantunya dalam kejadian di Pandan Jaya , Ampang malam tadi.

Katanya, suspek yang berusia 25 tahun datang membawa sebilah parang dan terus menetak mangsa beberapa kali di bahagian badan.

“ Mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala, pipi sebelah kiri serta lengan kiri dan kini sedang dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, motif kejadian adalah kerana mangsa meminta sejumlah wang ganti rugi RM1500 yang dijanjikan oleh suspek kepadanya dan mendesak supaya pembayaran dilakukan segera.

“ Suspek melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesannya kini sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. -TVS

Tags: ampang, polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan