Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dana RM355 500 bagi aktiviti pelbagai persatuan di Tanjung Manis

Kredit gambar :Unit Komunikasi Awam Sarawak

SARIKEI, 16 Jan : Pelbagai persatuan dan pertubuhan di kawasan Parlimen Tanjung Manis menerima sumbangan dana sebanyak RM355 500 daripada Ahli Parlimennya, Ir Yusuf Abdul Wahab.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di seluruh Tanjung Manis menerima sumbangan sebanyak RM260,000, manakala RM95,500 diberikan kepada beberapa persatuan, termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Antara badan lain yang turut menerima dana termasuklah Jawatankuasa Sosial, Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong, Kelab Badminton Beat Team Meradong, Kelab Sukan Kebajikan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Jawatankuasa Rumah Wakaf Ayahanda Haji Moris (Kaum Ibu Belawai), JKKK Kampung Penibong, Jawatankuasa Masjid Abu Bakar As Siddiq Sebako, dan JKKK Penuai.

Yusuf berkata, sumbangan dana itu disalurkan bagi tujuan menjalankan aktiviti dan program persatuan masing-masing.

“Saya berharap sumbangan ini akan digunakan sebaiknya dan memberi banyak manfaat kepada sekolah serta masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana berkenaan di sini semalam.

Pada masa sama, Yusuf turut menasihatkan agar masyarakat di Tanjung Manis tidak lalai dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana ancaman COVID-19 masih belum berakhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan