Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.

Pengurusan masjid diminta tidak ambil tindakan sendiri – Idris

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Jan : Perbuatan orang ramai termasuk pengurusan masjid yang mengambil sebarang bentuk hukuman sendiri terhadap orang yang disyaki melakukan kesalahan adalah amat tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata perkara itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya, namun menegaskan perbuatan mencuri atas apa alasan sekalipun dilarang dalam Islam dan pesalah wajar dihakimi seadil-adilnya.

Idris turut menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan masjid agar tidak terjebak dengan sentimen tertentu atau cuba mengambil tindakan sendirian sehingga boleh menyebabkan kezaliman kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan.

“Perbuatan merakam gambar orang yang disyaki (melakukan kesalahan) bagi tujuan sebaran awam juga adalah merupakan suatu perkara yang amat tidak wajar,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Idris menyeru masyarakat supaya sentiasa cakna terhadap anggota kejiranan dan bersama mengambil peranan dalam mencegah masalah sosial yang berlaku di sekeliling mengikut peranan masing-masing tanpa melampaui had.

Media sebelum ini melaporkan insiden tular menerusi media sosial yang memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan seorang lelaki seperti jenazah selain melumurkannya dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan