Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jabatan Imigresen cari penyelesaian kelemahan di laluan Labuan – Menumbok – Ongkili

KOTA KINABALU, 14 Jan : Jabatan Imigresen Sabah dan Labuan memberi jaminan kelemahan yang membolehkan individu untuk memasuki Sabah menerusi Labuan tanpa sebarang pemeriksaan akan diatasi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata kedua-dua Jabatan Imigresen telah memberi jaminan kepada beliau bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan untuk melindungi hak imigresen Sabah sekiranya kerajaan negeri menuntut hak dan kuasa penuhnya seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kami melihat terdapat kelemahan imigresen antara Labuan dan pintu masuk ke Sabah melalui Terminal Feri Menumbok dan Jesselton Point, dan tidak ada pegawai imigresen ditempatkan di lokasi itu.

Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) telah membangkitkan isu ini kerana khuatir terdapat individu yang menyalahgunakan kelemahan ini untuk masuk dan keluar Sabah tanpa pemeriksaan, rekod dan dokumentasi yang sah,” kata Ongkili dalam satu kenyataan selepas bermesyuarat dengan pegawai kanan jabatan itu di Labuan hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Imigresen Sabah  Sh Sitti Saleha Habib Yussof dan pemangku Pengarah Imigresen Labuan Norlela Jumat.

— LAGI

ONGKILI-IMIGRESEN  2 (AKHIR) KOTA KINABALU

Beliau berkata hak imigresen Sabah telah dikurangkan selepas Labuan menjadi Wilayah Persekutuan ketika zaman Kerajaan Berjaya pada tahun 1984 dan peraturan imigresen membenarkan kemasukan individu antara Semenanjung dan Sabah, melalui Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun semasa mesyuarat itu Jabatan Imigresen berkata mereka bersedia untuk mengkaji dan bertindak mengikut keputusan yang dicapai Kerajaan Sabah mengenai perkara itu,” katanya.

Ongkili berkata Majlis Khas mengenai MA63 (MKMA63), yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membantu dalam membuat keputusan, sekiranya Kerajaan Sabah membawa perkara itu pada mesyuarat yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

“Dalam kes hak Imigresen Sarawak, ia adalah satu daripada empat hak MA63 yang diisytiharkan sebagai tidak boleh dirunding dan negeri mempunyai kuasa dan kawalan yang penuh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan