Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita PBB ucap tahniah dan nyatakan sokongan padu kepada Abang Jo

ByNazirah Adlina

KUCHING, Jan 14 : Pergerakan Wanita, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berikrar akan terus memberi sokongan padu kepada pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketuanya, Dato’ Seri Fatimah Abdullah berkata, sepanjang lima tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri, Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gedong telah membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang berwawasan.

Ujar Fatimah, pada masa sama, Abang Johari turut cemerlang sebagai seorang ahli ekonomi serta mahir dalam kejuruteraan hasil, elemen yang sangat penting untuk memacu Sarawak ke fasa baharu sebagai negeri yang maju.

” Abang Jo seorang yang mempunyai kredibiliti dan integriti selaku Ketua Menteri yang telah membawa Sarawak ke tahap yang tinggi.

” Ini membuatkan rakyatnya bangga menjadi anak Sarawak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Komitmen sokongan padu yang disuarakan Wanita PBB itu turut disertai ucapan tahniah kepada Abang Johari sempena ulang tahun kelimanya menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran Sarawak.

Beliau kali pertama dilantik sebagai Ketua Menteri pada 13 Januari 2017 bagi menggantikan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari tahun sama.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak 18 Disember lepas, Abang Johari membuktikan keupayaan beliau memimpin empat parti tempatan di bawah panji Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan cemerlang apabila menang 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Meneruskan ucapan tahniah, Fatimah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak -Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak berkata, mereka akan sentiasa bekerja kerasa bersama kepimpinan Abang Johari bagi mewujudkan sebuah pasukan yang baik dan inklusif untuk rakyat Sarawak.

” Seterusnya akan memacu perjalanan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju dan rakyatnya bakal mencapai status kesejahteraan sosial yang tinggi menjelang 2030,” katanya.

Menutup ucapan, Fatimah dan Wanita PBB turut mendoakan agar Ketua Menteri diberikan kesihatan yang baik, berwawasan dan kepintaran untuk terus mengemudi Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan