Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TLDM terima empat Kapal Misi Persisir, pertingkat keselamatan perairan Sabah

KOTA KINABALU, 13 Jan : Kementerian Pertahanan yakin kawalan keselamatan di perairan Sabah akan terus diperkukuhkan dengan penempatan empat Kapal Misi Persisir (LMS) kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesemua aset baharu berkenaan akan ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur.

Ujar beliau, LMS akan berfungsi untuk menangkis ancaman, mengawasi kawasan operasi, rondaan di Zon ekonomi eksklusif (EEZ)  Malaysia di samping memberi sokongan diperlukan ketika konflik.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan ke TLDM di Sabah hari ini untuk meninjau perolehan aset baharu pasukan keselamatan negara.

” Kerajaan berharap TLDM akan dapat memanfaatkan LMS sebaik mungkin demi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan di kawasan perairan Sabah.

“Kita berharap rondaan yang dilakukan turut dapat membasmi kegiatan jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan lanun dan kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan laut,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke TLDM Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan empat aset baharu berkenaan diterima di bawah Program Transformasi 15 To 5 TLDM.

Sementara itu, beliau berkata, kunjungan ke Sabah hari ini juga bagi mendengar taklimat Operasi Murni iaitu persiapan menghadapi banjir yang diadakan di Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi.

“Ketika ini seramai 385 anggota bersama dengan 50 aset sedang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga  menghadapi banjir,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan