Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Putera Andrew UK hilang gelaran tentera, naungan diraja

LONDON, Jan 14: Menurut satu laporan Xinhua, satu kenyataan ringkas telah diutarakan oleh Buckingham Palace, pada Khamis, “Dengan persetujuan dan persetujuan (Ratu Elizabeth II), gabungan tentera Duke of York dan naungan diraja telah dikembalikan kepada Ratu,”

Ia juga menyatakan bahawa Putera Andrew, yang memegang gelaran naungan diraja, Duke of York, “akan terus tidak menjalankan sebarang tugas awam dan mempertahankan kes ini sebagai warganegara persendirian.”

Pengumuman tersebut dibuat setelah Putera Andrew berhadap dengan kes sivil di Amerika Syarikat, setelah terlibat dalam sebuah kes dimana baginda dituduh membuat serangan seksual terhadap seorang wanita ketika mangsa berumur 17 tahun. Namun, tuduhan tersebut seringkali dibangkang oleh Putera Andrew.

Sky News telah melaporkan bahawa Duke of York telah memegang beberapa gelaran tentera kehormat, berikutan perkhidmatannya selama 22 tahun dalam Tentera Laut Diraja, United Kingdom.

Andrew, 61, adalah merupakan anak yang ketiga kepada Permaisuri Elizabeth dan Putera Philip, Duke of Edinburgh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan