Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak sempat ‘joli’ , lelaki ditahan bersama RM185 744 yang dicuri

KOTA KINABALU, 13 Jan : Salah seorang daripada dua penjenayah yang memecahkan sebuah kereta dan melarikan wang tunai berjumlah RM230 744 tidak sempat menikmati hasil kegiatan jenayahnya apabila ditahan polis tidak lama selepas itu.

Dalam kejadian kira – kira pukul 11.45 pagi pada Isnin lepas di tempat letak kereta, hentian bas Likas Square di sini, orang ramai yang menyedari perbuatan dua lelaki berkenaan memaklumkan kepada anggota peronda motosikal polis (FRM) yang bertugas di situ.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pasukan FRM bertindak mengejar suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara.

“Polis berjaya memintas kereta penjenayah dan menahan suspek bersama wang tunai berjumlah RM185 744 di Jalan Teluk Likas.

” Seorang lagi suspek yang dikenali sebagai Fredius George, 33, pula berjaya melarikan diri bersama wang tunai yang dianggarkan sebanyak RM45 000,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berusia 40 tahun hanya menyedari kejadian itu apabila kembali ke keretanya dan mendapati alat penggera berbunyi manakala cermin tingkap pecah.

Menurut Mohd. Zaidi, tujuan mangsa ke situ adalah untuk mengambil wang hasil jualan perniagaan runcit milik keluarga di premis yang terletak dalam bangunan berkenaan.

Mohd Zaidi berkata , lelaki berusia 56 tahun itu dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan