Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sistem amaran banjir yang lebih baik perlu di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 13 Jan : Sarawak perlu memiliki sistem amaran banjir yang lebih baik bagi menghadapi banjir yang sudah pun berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Menteri Muda Pendidikan, Sains Dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee, berkata perkara ini penting bagi mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

“Saya fikir kita harus ada sistem yang baik untuk memberi amaran kepada rakyat dan memastikan rakyat kita dapat menerima amaran ini dengan cepat dan pantas.

“Dengan itu, mereka dapat bertindak terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada mereka dan mereka akan pindah ke pusat pemindahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach BKPA Zon Sarawak di Dewan Jubli, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak, Kota Samarahan mewakili Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Roland Sagah Wee, pada Khamis.

Menurutnya, isu banjir seolah-olah menjadi masalah tahunan di Malaysia amnya, dan Sarawak khasnya, dan oleh itu, beliau berharap semua pihak dapat bersatu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau tidak mahu banjir besar yang berlaku di Semenanjung Malaysia berlaku di Sarawak kerana nyawa boleh diselamatkan jika tindakan diambil secepat dan seawal mungkin.

Dr Annuar juga menyeru agar semua penduduk yang terjejas akibat banjir memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan