Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penjaga stor ditahan, rokok dan minuman keras seludup bernilai RM65 835 dirampas

LUBOK ANTU, 13 Jan : Seorang lelaki ditangkap bersama pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai lebih RM65 835 yang disyaki tidak bercukai dalam serbuan di Engkelili, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan, Victor Ripon berkata, suspek berusia dalam lingkungan 20-an merupakan penduduk tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga stor itu.

LUBOK ANTU, 13 JAN : Seorang lelaki ditangkap bersama pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai RM65,835.59 di sebuah stor tidak bernombor berhampiran pekan Engkelili, di sini pada Rabu.

“Hasil intipan pasukan Kompeni C , Batalion 10 , Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman, serbuan telah dilakukan di sebuah sebuah stor tidak bernombor pada pukul 10 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan serbuan telah menjumpai pelbagai jenama rokok dan minuman keras jenis bir tanpa rekod cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM).

Ujarnya lagi, rampasan termasuk 346 karton rokok jenis rokok putih bernilai RM51,900, 43 karton rokok kretek (RM5,848) serta 49 karton bir jenis tin bernilai RM8,087.

“Suspek ditangkap selepas didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menyimpan atau milikan rokok dan minuman keras berkenaan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan