Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Cubaan seludup petai dan udang kering ke Sarawak gagal

SIBU, 13 Jan : Op Bersilang yang dilancarkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk pelbagai barangan makanan dari negara jiran ke Sarawak melalui laluan tikus.

Pegawai Pemerintah Batalion 10, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, dalam operasi pada pukul 11 pagi semalam, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 34 tahun ketika sedang memandu sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di laluan ladang kelapa sawit di Kampung Raso 1, Lundu.

” Pemeriksaan lanjut yang dilakukan menemukan pelbagai makanan termasuklah buah naga, udang kering, petai, organ dalaman haiwan dan siput sedut yang dianggarkan bernilai RM25 940,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohammad Hafiz, PGA turut merampas lori berkenaan yang dianggarkan bernilai RM85 000 dan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM110 940.

Katanya, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu untuk tindakan dan siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan